Skip to main content

MAJLIS PENGHUNI DESASISWA JAYA LEMBARAN UTAMA

Program MPDJLU Terkini

SUKAD FASA 1 USM 2026

Pulau Pinang, 18 Januari – Desasiswa Jaya Lembaran Utama (JLU) mencatat prestasi membanggakan dalam SUKAD Fasa 1 USM 2026 yang berlangsung pada 16–18 Januari di Kampus Induk.

JLU berjaya meraih 6 emas, 4 perak dan 3 gangsa melalui acara seperti catur, futsal, tenis, badminton dan bola baling. Selain itu, pasukan turut aktif dan mara dalam beberapa acara lain termasuk e-sport, bola tampar, hoki dan petanque.

Secara keseluruhan, Kampus Kejuruteraan mengumpul 67 mata, hasil daripada kemenangan, kemaraan ke peringkat seterusnya dan penyertaan aktif.

Pencapaian ini mencerminkan disiplin, komitmen serta semangat kesukanan tinggi dalam kalangan atlet JLU.

Lemari Kejut

Lemari Kejut merupakan inisiatif kebajikan di Kampus Kejuruteraan USM yang membantu mahasiswa/i melalui konsep perkongsian barangan keperluan harian.

Dengan konsep “Ambil jika perlu, sumbang jika mampu”, program ini memberi peluang kepada warga kampus untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mahasiswa, malah memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti JLU.

sejuta barakah ramadhan

edit

festival musabaqah al-quran

Festival Musabaqah Al-Quran (FMQ) 2026 merupakan platform kerohanian di peringkat Universiti Sains Malaysia yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam bidang tilawah dan hafazan al-Quran. Bertempat di Kampus Kesihatan pada 4 hingga 5 April lalu, penyertaan ini menjadi bukti komitmen Desasiswa Jaya Lembaran Utama dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang.